Aduhai... Minggu ni saya takde rest langsung... Selesai 1 keje datang plak keje lain.. Tapi takpe la dah tugas, kena la jalankan jugak...huhuhu. Entry ni saya tulis selepas selesai latihan bola jaring.. Jangan salah paham plak, sebenarnya bukan saya yang main bola jaring tapi kanak2 tabika yang main...hihi.
Minggu depan kanak2 ni dah start lawan kat Teluk Intan n kalau menang, kanak2 ni akan pergi ke Parit Buntar plak... Kampung cik abang saya..hihihi. Yang kat Parit Buntar tu untuk peringkat Negeri, kiranya wakil Teluk Intan la..hihihi. Nak tahu, sebenarnya semua kanak2 ni berbakat, cuma perlu diasah jer lagi.. So kita sebagai ibu bapa jangan la halang kalau anak2 kita tu berminat dengan sukan.. Kecuali la kalau ada sebab2 tertentu.. Sokongan ibu bapa tu penting tau.. Kanak2 ni saya perhatikan kalau ibu n bapa mereka datang tengok n bagi sokongan, mereka ni happy sangat.. Senyum sampai ke telinga.. hehheheh..
p/s : Nanti saya update cerita tentang perlawanan kat Teluk Intan ye... ;-)
No comments:
Post a Comment