Thursday 30 January 2014

Comot TAPI comel kan... (^_^)

Baru sempat update kat blog... gambar nih dalam handphone Cik Abang.. asyik terlupa je nak bluetooth ke laptop.. semalam dah teringat terus je capai handphone dan bluetooth...hehehehe.



 kasi tunjuk gambar Nurul je ye... muehehhe

 tengoklah comot betul nurul makan aiskrim... sekali sekala dapat makan aiskrim MCD macam tuh la gayanya..ekekeke


 budak-budak kalau makan comot-comot tetap nampak comel.. cuba kita yang dewasa nih makan macam tuh.. alahai.... terasa macam buruk je..hihihi




 

Wednesday 29 January 2014

Cerita Tudung AIDIJUMA saya (^_^)


Sambungan dari entry ini...

Nak tanya siapa minat TUDUNG AIDIJUMA sila angkat tangan?? hihihi.

Kasi tunjuk lagi sekali gambar ini..ekekkek.


Saya bukan pengikut fesyen.... dengan kata lain, jangan lah tanya saya pasal tudung-tudung terbaru or fesyen pakaian untuk "ladies-ladies" yang terkini.. Serius saya buta bab-bab tuh..hihihi.  

citernya cenggini.. kawan maktab saya memang PENGEMAR TUDUNG AIDIJUMA.. siap buat koleksi lagi.. Masa kat maktab dia selalu sangat pakai TUDUNG AIDIJUMA.. mula-mula saya menyampah tau tengok TUDUNG AIDIJUMA nih..hahaha. sebab ada bunga-bunga la... eiii.. tak berkenan eden.. 

TAPI entah macam mana saya boleh jatuh cinta dengan TUDUNG AIDIJUMA... Opsst... takdelah sampai nak kumpul buat koleksi ye.. dapat beli lagi 2 3 helai pun jadi lah..hihihi.. Semuanya bergantung pada bajet.. Ada rezeki lebih + penasihat kewangan bagi keIZINAN baru saya beli.. wahhhh ada penasihat kewangan gitu..ekekekek.

Saya beli secara online.. RM 13 + duit pos RM 5.. Total RM 18.. Ini lah harga yang paling murah yang saya jumpa.. So dah jumpa yang murah haruslah rembat satu..muahahha. Tapi kalau beli sendiri lagi murah tau.. Tak silap saya RM 10 je tudung macam kat atas tu.. (betulkan kalau saya tersilap ye) 
(^_^) 
  
Tapi nak beli sendiri belanjanya lagi besar... So kita guna kan je lah kemudahan yang ada iaitu beli secara online...hihihi.

Ohya saya punya nih white label.. kalau yang black label lagi mahal + kainnya lembut sikit... tak kisah lah kan white or black.. Janji Tudung AIDIJUMA...hahahaha.


Akhir sekali.... tunjuk lah sekeping gambar tuan blog berjalan-jalan dengan tudung AIDIJUMA....muahahahah...






SeputihSalju : eiiiii, terasa lain pulak entry kali nih... Mohon ampun ye kawan-kawan.. bukan apa excited terlebih..mueheheheh...

SeputihSalju : Tapi rasanya white label takde lah keras, lembut jugak... senang jugak nak bentuk.. (^_^)

SeputihSalju : Penasihat Kewangan saya cakap cukup sehelai dulu.. Almaklumlah hari tu kat Pesta Penang dah beli tudung..hihihi. Thanks Abang sebab selalu ingatkan isterimu ini yang kadang kala boros bila berbelanja..... (",)



DAHULUKAN YANG LEBIH PENTING + MENYIMPAN UNTUK MASA HADAPAN ITU YANG AMAT-AMAT PENTING.. (^_^)







Tuesday 28 January 2014

Jom imbas kenangan di zaman kecil kita....

Apa kenangan kita di zaman kecil-kecil dahulu?

1. Buka kipas, cakap dengan kipas, nak dengar suara bertukar.

2. Naik kereta, tengok bulan, ingat bulan ikut kita.

3. Naik basikal, boleh lepas tangan dari 'handle', rasa hebat.

4.Masa sekolah ada orang bagi milo free, lepas ambil sekali, menyamar jadi orang lain beratur ambil lagi.

5. Lukis burung guna huruf 'm'.

6. Lukis matahari di penjuru atas kertas lukisan dan antara bukit.

7.Masa kecil fikir bentuk hati macam ni ""

8. Tutup peti ais dengan perlahan, sebab nak tengok bila lampu dia mati.

9. Main belon sabun dalam bilik air time tengah mandi . 1 jam dalam bilik air.

10. Fikir dunia kartun memang wujud.

11. Makan singgam. Lepas tu jilat sampul dia sebab nak tepek tatoo kat tangan.

12. Gigit kulit nugget dulu kemudian baru makan isi sebab tak nak cepat habis.

13. Koyak tengah-tengah buku latihan sebab nak buat kapal terbang, sampan, origami.

14. Susun kusyen dan buat seni binaan.

15. Fikir sticker lesen P dengan L kat kereta P untuk perempuan, L untuk lelaki.

16. Kawan terpijak kasut sekolah, lepas tu pijak kasut dia balik.

17. Lepas abes peperiksaan akhir tahun, guna buku matematik buat main SOS.

18. Beli sharpener yang ada cermin sebab nak betulkan tudung, main pantul cahaya. Lepas tu tak bagi kawan tiup takut tumpul.

19.Hembus nafas kat cermin tulis saya sayang awak.

20. Anggap zaman dahulu dunia berwarna hitam putih sahaja.

21. Tuang air panas dalam piring sebab nak bagi sejuk, kemudian minum dalam piring.

22. Tak bagi kawan korek pensel di kedua-dua hujung nanti mak mati.

23. Bila blackout, pakai lilin buat pelbagai aksi dengan bayang-bayang.

24. Sebelum minum susu kotak, koyak dulu tepi dia, tengok sama ada tanda + atau -. Orang cakap kalau tanda -, tak boleh minum. Pastu terus buang. Haha

25. Susun snek bentuk cincin (Super Ring) pada setiap jari kemudian makan satu persatu.

26. Tengok tanda kat tapak tangan. Kalau berbentuk K bermaksud nanti jadi orang kaya kalau berbentuk M nanti jadi orang miskin.

27. Tak bagi kawan join masa main. Kalau nak join jugak dengan syarat kena main Ti Ai Pi Yu..

28. Ingat kalau tertelan biji, pokok akan tumbuh dalam perut.

29. Kencing dengan yakin sebab rasa dah sampai ke toilet, rupa rupanya atas katil.

Itu semua kenangan-kenangan waktu kecil remaja
 
SeputihSalju :  yang berhighlight tu apa yang saya pernah lakukan pada zaman kecil-kecil dulu.. bila ingat balik rasa kelakarnya...hahahhah.
SeputihSalju : jom kongsi apa yang kawan-kawan pernah buat masa zaman kecil-kecil dahulu....

Sumber : FB 
 
 
 
 
 

Masa yang berkualiti bersama anak-anak

 Panduan untuk saya...



Sama-sama lah kita perbaiki diri dalam usaha menjadi Ibu Bapa yang cemerlang dan menjadi contoh untuk anak-anak kita dan juga genarasi yang akan datang... (",)




Sumber : Sini










Monday 27 January 2014

Dua pekara yang berlaku hari ini

Tengah hari tadi kesedihan.. tapi petang nih kegembiraan...(",)

Tadi saya cek akaun Nuffnang saya.. sejak kebelakangan ni kerap jugak saya bukak... Kalau dulu amat lah jarang saya bukak.. eala bila bukak, tak gerak-gerak pun tabung Nurul tuh..ekekekke. Tapi sejak akhir-akhir nih makin naik pulak tabung Nurul.. Tuh yang semangat nak bukak Nuffnang berkobar-kobar..hahhaha.

Ohya bukan setakat bukak Nuffnang pun berkobar-kobar tapi semangat nak perbanyakkan entry pun berkobar-kobar...kikikiki. Harap-harap semangat macam nih terus berkekalan... Amin. (^_^)


Terima Kasih ye kawan-kawan yang sudi singgah + klik-klik tabung Nurul tuh... Klik lah lagi.. jangan segan-segan..muahahaha. Semoga tabung kawan-kawan jugak bertambah dan makin bertambah selepas nih... Amin





SeputihSalju : Nanti saya citer apa yang menyebabkan saya sedih.. masih rasa tak percaya pekara tuh terjadi...




Bagaimana merangsang anak bercakap

Panduan untuk saya....

Umur dah masuk 2 tahun, tapi masih cakap sikit-sikit, tunjuk sana sini, bunyi ‘uu’ ‘eeeh’ saja yang lebih….nak buat macam mana?

1) jika didapati dia sukar memahami arahan (kalau tunjuk baru ikut, kalau cakap saja, dia buat tak tahu), maka segera bawa jumpa Dr ENT.
Manalah tahu, tahi telinga tersumbat ke, ada air bertakung dalam telinga ka…

2) jika dia jenis hyperaktif, asyik lari sana sini, panjat, pegang sini, mata dah pandang sana….maka silalah latih daya tumpuan dia. Macam mana nak latih daya tumpuan?

a) latih anak permainan imaginasi. Contohnya main masak-masak. Lihat sama ada dia boleh tak buat aktiviti pelbagai dalam permainannya itu (tuang air dalam cawan, ambil sudu dan kacau, potong sayur, basuh pinggan, suap kat teddy bear dan sebagainya)
Contoh lain ialah mainan robot. Boleh tak dia buat robot tu terbang, tembak ayah, robot lompat, robot keluar kuasa lalu meletup.  
"Dari cara anak bermain, kita dapat lihat bagaimana anak memberi tumpuan kepada imaginasinya".
  
 Oh ya, ipad, tv, youtube….itu bukan latihan tumpuan yang dimaksudkan di sini ya.

b) latih daya tumpuan dengan buku cerita bergambar. Cerita tentang gambar tu. Perhatikan adakah anak minat untuk mendengar cerita anda dan menunjuk kepada gambar berkaitan. Atau, dia sekadar nak menyelak kertas @ koyak sahaja.


c) menyanyi dan ikut gerak tangan/kaki bersama. Duduk di hadapan anak, nyanyi lagu ‘bangun pagi, gosok gigi’. Latih anak tiru gaya tersebut. (Menari masa tengok iklan tidak termasuk dalam latihan daya tumpuan. Ingat, komunikasi melibatkan pandangan komunikasi antara manusia, mendengar, meniru dan mengulang bersama)


3) dengar apa yang anak sebut, dan ULANG sebutannya dengan perkataan yang betul. Contoh: apabila anak kata ‘syik’ yang bermaksud nasi, maka automatik respon kita ialah ‘NASI’, ‘NASI sedap…’ ‘nak NASI?’ ‘Mak masak NASI.’   
Kesilapan yang berlaku ialah, jawapan yang selalu dibuat ‘nak makan?’ ‘Sedap’ ‘nak asyik?’ – jika anda tidak mengulang target perkataan, maka anda telah rugi di situ. Jika anda meniru pula pelatnya, maka bertambahlah ruginya. 

4) latih perkataan harian berbanding melatih abc, 123. Ramai ibu bapa yang bertanya, ‘anak saya boleh kenal semua huruf dan nombor, tapi tidak boleh menyebut ibu dan ayah’
Alangkah ruginya…..apalah  gunanya abc, 123 jika ‘ibu ayah’ pun tak reti sebut lagi. Itu menunjukkan bahawa anak anda bijak, boleh belajar jika perkataan itu sering didengarnya. Mungkinkah dia berada di hadapan tv lebih lama berbanding berada di hadapan ibu dan ayah? Atau, sekiranya sudah duduk di hadapan ibu ayah, ibu ayah juga menyebut abc, 123 kepadanya?


Apakah itu perkataan harian? – nasi, susu, nak, dah, jom, habis, sedap, hello, bye, tu, ni, baju, sikat, tuala, cawan…..dan banyak lagi.



sumber : sini 

Sunday 26 January 2014

Selamat Berhujung Minggu



Selamat berhujung minggu buat semua... So apa aktiviti kawan-kawan semua hari minggu nih?? Saya baru selesai siapkan Rancangan Mengajar untuk esok + kerja-kerja yang tergendala akibat demam.. Alhamdulillah saya semakin sihat.. (^_^)

Sambil-sambil tu bukak blog.. terjah blog kawan-kawan..hihihi. Tapi ada 2 @ 3 lagi blog yang saya belum terjah.. InsyaAllah esok lusa saya singgah ye.. Maaf lambat sikit.. 

Ohya sekejap lagi kami nak keluar pergi makan kenduri dekat Teluk Intan.. Alang-alang dah sampai Teluk Intan terus pergi beli barang-barang dapur sekali... Ok, sampai sini dulu.. Daaaaaa... (^_^)









Friday 24 January 2014

Tudung AIDIJUMA saya dah sampai (^_^)




Entry penuh minggu depan ye... kasi tunjuk sekali tuan ini blog melaram dengan tudung AIDIJUMA....muahhaha. (^_^)








Dinner di Nurul Ikan Bakar Special...

Sebelum bertolak balik kami singgah makan dekat sini...



 

 
 Kita sibuk mengorder.. dia pun nak order jugak...ekekekek.

 Dekat sini kita boleh pilih ikan mana kita nak....

 Kasi zooooommm sikit ikan-ikan yang ada kat sini.. (",)

Foto Norasyikin Abd Hamid.
 Posing dulu sebelum makan....hehehhe

Dah sampai.... Ini lah hidangan kami pada malam tu... Kami order Ikan Siakap 3 rasa, Tom Yam Campur, Sotong Goreng, Telur Dadar, Kailan Ikan Masin..


dan tak lupa satayy.... 

Total kami makan dalam seratus lebih kalu tak silap saya.. Share with my sister...hihihi Agak-agak mahal ke murah?? hihihih. Pada saya harga tu tak penting, yang penting rasa tuh.. Kalau mahal tapi rasa takde rasa tak guna jugak kan?? dan tak semestinya harga murah tak ada rasa... Kebetulan ada rezeki lebih, haruslah makan mewah sikit + berkongsi dengan orang-orang yang kita sayang.. Tak gitu ??.. (^_^)



Apa-apa pun makanan kat sini memang mabelasss lah... Puas hati dengan harganya... (",)





SeputihSalju :  Nak tengok gambar kami di Bukit Bendera KLik SIni dan Sini jugak ye... (^_^)





SeputihSalju : KLik sini untuk maklumat lanjut tentang Nurul Ikan Bakar Special (^_^)







 

Thursday 23 January 2014

Hari tu Nurul, ni Ibu pulak....

Balik dari kampung Cik Abang hari tu Nurul tak sihat.... Demam, batuk dan selsema.. lengkap.. Elok je Nurul dah sihat saya pulak kena.. ni dah 2 kali saya kena demam... cuma kali ni takde batuk dan selsema macam minggu lepas.. Kerja-kerja harian dekat Tabika + Praktikum habis tergendala... Buat pun mana yang mampu je..huhuhu. Harap-harap jangan lah pensyarah ku datang esok..Amin. kalau datang kompem kena sembur...hihihi.




Ok lah sampai sini dulu ye.. saya nak "merehatkan minda sekejap" ..hihihi. Jumpa lagi di entry akan datang...











Tuesday 21 January 2014

Kek coklat yang SEDAP...!!!

Kek coklat ni Lia yang bagi.. Ada satu hari tu pengasuh Nurul ada hal.. Saya mintak Lia tolong jagakan Nurul.. Petang tu waktu Cik Abang ambik, Lia bagi kek nih.. sedap wooo.... (",)


 sedap + menarik..

Nurul pun suka... (^_^) 

menyorok belakang kerusi.. malu kena tangkap gambar..hihihi.  (sila abaikan pemandangan yang tak berapa nak indah di belakang tu..hihihi)

 Waktu saya buat jamuan akhir tahun + jamuan perpisahan pun Lia ada buat jugak kek.. mula-mula kami semua ingatkan beli sebab letak dalam kotak yang biasa kita kek tu.. Rupa-rupanya bukan beli tapi buat sendiri.. kotak je beli tapi isi buat sendiri..hehhehe

 kek ni atas tu letak cheese.. sedap jugak.



Saya ni bukan kategori minat makan kek-kek nih.. bagi sepotong, saya potong lagi makan separuh je.. Tapi bila makan yang Lia buat nih terasa sedap pulak.. (^_^)

Nurul pun suka jugak tau.. pasni ibu kena lah mintak resepi dekat Acik Lia ye Nurul...hehhehe. Boleh ibu cuba buat pulak...muehehe. (",)










Monday 20 January 2014

Kisah biji getah

Mesti ramai yang pelik kenapa saya letak tajuk macam itu kan ??? Masa dekat kampung haritu saya terjumpa biji getah.. saya ambik simpan.. bila tengok biji getah nih teringat zaman kecik-kecik dulu.. belakang rumah saya ada pokok getah... bila dah ada pokok mesti lah ada buahnya.. (^_^)

Saya dengan kakak saya suka kutip biji getah.. buat main congkak..hehehe. Tapi saya main asyik kalah je.. boleh bilang berapa kali je menang...muahahha. Dulu tak mampu beli papan congkak, so kami korek tanah untuk dijadikan papan congkak.. hahahah. kreatif tak?ekekeke. Bila dah bosan main congkak, kami main pulak batu seremban.. biji getah menggantikan batu..hihihi. Permainan zaman dulu-dulu.. agak-agak lah kanak-kanak zaman sekarang nih tahu tak permainan kita dulu-dulu ye?? Harap-harap permainan nih tak luput kan..










SeputihSalju : tertiba rindu zaman kecik-kecik dulu..





Thursday 9 January 2014

Ketentuaan Ilahi




Betul tu... soalan yang sangat-sangat sensitif kan bagi mereka yang sudah berkahwin tapi belum dikurniakan rezeki menimang cahaya mata dan juga bagi mereka yang belum berkahwin.... hurmmm.. tiba-tiba teringat kisah lalu... sebelum mengandungkan Nurul saya kosong selama 8 bulan.. ala.. baru 8 bulan.. singkat je.. Itu kata sesetengah orang, tapi tidak pada saya... 8 bulan tu saya rasa lama sangat-sangat.. dan soalan yang dekat atas itu lah yang kerap ditanya dekat saya.. 

" Pada saya, kalau kawan-kawan yang bertanya, kita boleh kawal lagi tapi bila orang yang rapat dengan kita.. maksud saya sedara mara yang bertanya... mula lah terasa hati.. terasa diri tak lengkap.. tambah-tambah pula ada juga sepupu-sepupu yang dah ada " isi " tapi kita belum lagi.... "

Pada kawan-kawan yang berada dalam situasi macam ini, banyakkan bersabar.. Teruskan berusaha dan berdoa... InsyaAllah ada rezeki kita.. cuma lambat sikit berbanding yang kahwin terus lekat.. 

Pada yang suka bertanya soalan macam dekat atas tuh, lepas nih berhenti lah bertanya... cuba kita yang berada dalam situasi macam dekat atas tuh.. kalau pun bukan kita tapi ahli keluarga kita dan ada yang bertanya soalan macam tuh.. apa perasaan kita?? Fikir2kan lah...







SeputihSalju : Berusaha, Berdoa dan Bertawakal...









 

Wednesday 8 January 2014

Pernah ke jumpa situasi macam nih ???



Waktu bukak FB saya terpandang kawan post benda nih... Erkkk ada ke yang pernah kena situasi macam nih?? dari pengalaman saya yang beberapa kali naik tak pernah jumpa situasi macam nih.. tak kira lah dekat ibu2 yang mengandung, orang2 tua atau yang memegang anak kecil.. Rasanya kita semua semakin hari semakin prihatin dengan orang2 di sekeliling kita.. 

Saya jugak nak kongsi 2 pengalaman saya menaiki train iaitu waktu saya di Singapura.. kami naik untuk ke Changi Airport.. Konon2 nak merasa la naik train negara luar..ekekekek. Naik2 je terus ada sorang pompuan cina bangun dan bagi saya duduk.. kebetulan taim tu saya tengah pegang Nurul.. Cik Abang pulak ditugaskan menggalas bag.. Serius, saya penat sangat2 dukung Nurul + berjalan untuk sampai ke stesen train tuh.. bila orang dah bagi, saya duduk je lah..hikhik. 

Mula2 saya ingatkan dekat je, rupa2nya jauh tau kami kena berjalan... dah sampai separuh jalan, saya cakap nak naik teksi.. tak larat dah, tapi Cik Abang bagi semangat cakap dah dekat nak sampai.. ececcehh macam tau2 je.. Opstt, bila dekat negara orang kena ringan2 kan mulut bertanya.. kalu tak sesat la jawabnya.. eh bukan dekat negara orang je tapi dekat mana2 lah...hihhihi. so saya gagahkan diri teruskan perjalanan dan Akhirnya.....



erkkk takyah teruskan la ye.. kasi tunjuk gambar je lah...muahahaha.

Ok ni kisah yang kedua pulak... taim ni kami 1 kelas g beli barang2.. nak naik keta takut jem plak, so kita gunakan lah kemudahan yang diberikan... tak gitu?? masa nak balik tu paham2 je lah.. pergi 1 beg, balik berbag2..hahhaha. So ada lah sorang tu dengan baik hati bagi saya duduk.. tengok.. bukan saja pada orang2 yang memerlukan tapi pada yang bawak barang2 banyak pun di bagi jugak.. tapi saya tak duduk pun tau.. masih kuat lagi + bagi pada yang memerlukan.. (",)





SeputihSalju : moga sikap macam nih akan berkekalan dan menjadi contoh kepada anak2 kecil kita... (^_^)

SeputihSalju : ntah lah ada kaitan ke tak story saya nih... hentam je lah..hahhahha





Saturday 4 January 2014

Terkedu sekejap....

Nak tahu, waktu saya karang entry jalan2 kat Penang.. Nurul terpandang gambar kami 3 beranak.. bila saya tunjuk gambar dia sendri nak tahu Nurul jawab apa?? Nurul jawab kakak... serius terkedu saya dengar jawapan Nurul...hihihi. opsttt, adakah Nurul dah bersedia nak dapat adik?? tengok dari cara Nurul macam dan bersedia...

Ohya bila saya tanya lagi sekali, jawapan Nurul dah lain.. dia jawab tu Nuull lah....kikkikiki.. sweet je dengar...hehehe. Semakin pandai anak ibu nih...!!! Alhamdulillah...
 


Kasi tunjuk lagi sekali gambar yang Nurul cakap dia kakak...hehehhe.








Friday 3 January 2014

Jalan2 ke Penang ( Part 2 )


bergambar dulu sebelum bertolak....hikhik


Tengahari Sabtu kami ke Bukit Bendera...memang cantik + sejuk kat atas tu.. Tapi sayang, tak banyak gambar yang kami ambik.. Nurul tak memberikan "kerjasama" yang baik... nak berdukung je.... Sabar je lah budak besar nihhhh...


Nampak 1 Penang.. Gambar dari atas Bukit Bendera...

 erkkkk... bila tengok gambar nih nampak macam dah gemuk lorr.....huhu
 
Mak, Ayah, Nurul dan Saya....hehehe.


Kat atas tu ada Muzium burung hantu.. tapi kami tak masuk pun..hihihi.


 Tak dapat masuk, tapi dapat bergambar pun jadilah...ekekekek.


 Mak dan Ayah...

Bergambar lagi sebelum bertolak pulang............

 Harga tiket yang dikenakan :

Dewasa : RM8.00
Warga Emas : RM 4.00 
Kanak2 bawah 3 tahun : FREE

Total : RM 32.00

Bila saya cekk balik, rupa2nya kalau kita tunjuk ic boleh dapat harga My Card.. jauh beza kan..
Macam2 maklumat kita boleh dapat.. just Klik SINI k..

Harga tiket :



Harga Ticket
  Standard
Biasa
My Card
Adult ( Dewasa ) RM30.00 RM8.00
Senior Citizen ( Warga Emas ) RM30.00 RM4.00
Child ( Aged 4 -12 years )
Kanak-kanak ( Berusia 4 - 12 tahun )
RM15.00 RM4.00
School/College/University Student
Pelajar Sekolah/Kolej/Universiti
RM15.00 RM4.00
Family Package
Pakej Keluarga

2 Adult + 1 Child
2 Dewasa + 1 Kanak-kanak
RM65.00 RM17.00
2 Adult + 2 Child
2 Dewasa + 2 Kanak-kanak
RM70.00 RM18.00
2 Adult + 3 Child
2 Dewasa + 3 Kanak-kanak
RM75.00 RM19.00
One Way (Sehala) - Adult/Dewasa RM17.00 RM5.00
One Way (Sehala) - Child/Kanak-kanak RM10.00 RM2.00
Disabled Person
Orang Kurang Upaya
Complimentary
Perc





Alamat & No Telefon 
PERBADANAN BUKIT
BENDERA PULAU PINANG
JALAN STESEN BUKIT BENDERA,
AYER ITAM
11500 PULAU PINANG

Tel: 04-8288880
04-8288839
04-8288861
Fax: 04-8288862





SeputihSalju: Seronok kan dapat bawak orang2 yang kita sayang jalan2.. InsyaAllah ada rezeki kita datang lagi (",)









LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...