Monday 30 September 2013

Cikgu bangga dengan kamu...!!!

Khamis minggu lepas saya bawak murid saya ke Tapah.. Kami ada Pertandingan Hari Potensi Peringkat Zon 1.. Tapi saya tak drive sendiri pergi sana.. tumpang kawan.. kebetulan keta dia kosong.. Murid saya masuk acara Kanak-kanak Cemerlang.. Murid saya wakil Daerah Hilir Perak.. Manakala sorang murid lagi Wakil Daerah Batang Padang.. 2 orang murid berentap..hehehe. 

Sebelum jadi wakil Daerah, murid saya ni dah bertanding dengan rakan2 diorang dalam Parlimen kami.. Lepas jadi wakil Parlimen, bertanding pulak untuk jadi wakil Daerah.. Kiranya 2 kali bertanding baru dapat jadi wakil Dareah.. Eala kan nak pilih yang terbaik daripada yang terbaik untuk ke Peringkat Negeri pulak.. (^_^)

Tapi tu lah takda rezeki anak murid saya.. beza 1 mata je.. Sayang kan tapi nak buat macamana bukan rezeki dia.. 2 2 murid nih sama pandai.. Nak tau bila di kira2 kertas ujian mereka ni markahnya sama.. Terpaksa la bagi ujian lagi.. Untuk ujian yang last tu lah anak murid saya tersilap jawab, yang sorang lagi tu jawab betul.. Takpalah kan.. Walaupun kalah tapi kalah yang bermaruah.. APA2 PUN CIKGU BANGGA DENGAN KAMU WAFI...!!!!

Ohya ciri2 kanak2 cemerlang ni Muridnya mesti lah pandai membaca Bahasa Melayu dan Inggeris.. Pandai Matematik.. misalnya kenal warna, bentuk, tambah, tolak.. dan tak lupa jugak Bab2 Agama.. Contahnya Doa2 harian, Rukun Islam, Rukun Iman, surah2 Al- Quran, .. Tapi surah yang pendek2 je lah.. (^_^) Sebenarnya banyak lagi tau tapi kat atas tu lah di antaranya.. (",)


Tempek satu gambar Wafi.. hihiihi. 


Cikgu doakan semoga Wafi menjadi anak yang Soleh.. Taat pada perintah Allah dan Berbakti kepada Ibu Bapa, Keluarga, Masyarakat, Bangsa dan Negara..  Amin..






Friday 27 September 2013

Kalau semua 1 mesti cantik kan..hehhehe


 

Assalammualaikum...

Hari ni mood nak menaip terlebih sikit.. tu yang tergedik2 nak taip walaupun entry yang adoo..kikiki. Sebenarnya malu nak tunjuk sebab sikit sangat.. lagipun saya ni bukan aktif sangat pun berblog.. tenggelam timbul.. yang banyaknya tenggelam lah..muahahha. Cuma nak tunjuk pageviews saya yang angkanya berderet 1 cuma hujung je 0...hihihi. Tapi kalau semuanya 1 lagi cantik kan.. (^_^)






Friday 20 September 2013

My Family (^_^)



Foto
Tadi waktu godek2 kamera terpandang gambar ni... Rasanya sepanjang berblog saya tak pernah tunjuk gambar keluarga saya.. so kali ni nak letak lah.. bukan apa, untuk kenang-kenangan.. tak gitu?? hik hik.. Keluarga yang tak lengkap...hehehe, opss maksud saya tak cukup ahli.. Kakak dan abang saya yang no 2 takde.. (",)



SeputihSalju : Gambar ni masa hari raya aritu dekat rumah pakcik saya.. kami ada perjumpaan ahli keluarga + jamuan raya..




Friday 6 September 2013

Bagusnya Nurul...


Tengoklah tu habis mainan bersepah.. Tapi takpe Nurul sedang belajar sambil bermain.. belajar mengenal warna, bentuk, meneroka... (^_^)

Yang bagusnya dalam main2 tapi buku tetap tak lupa...hehehe. Tak cukup buku sendiri, buku ibu pun jalan jugak.. habis di bacanya... ekekeke


 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...