Bijak betul budak nih.. ermm sapa lagi kalau bukan Nurul Afiqah.. cinta hati ibu dengan ayah..hehe. Khamis minggu lepas saya ada mesyuarat dekat pejabat.. Kebetulan Kak Yana a.k.a pengasuh Nurul tak dapat jaga.. so saya bawak je lah Nurul ke pejabat.. opstt saya dah mintak izin tau bawak anak ke pejabat.. lagipun mesyuarat tu mengejut je.. mana sempat nak cari pengasuh lain.. Alhamdulillah pegawai saya tu boleh tolak ansur., janji anak tak ganggu ibu mesyuarat udah lah..hehehe
Ok... waktu mesyuarat tu saya bagi Nurul buku.. konon2 biar dia ralit buat kerja.. tapi bukan dia nak.. buku kerja ibu jugak yang dia nak.. jom kita tengok apa Nurul buat bila dapat buku kerja ibu.... jeng.. jeng.. jeng..
Tadaaaa......
Ni lah hasil seni Nurul Afiqah.. pandai betul dia lukis.. serius saya tak pernah ajar Nurul melukis2 nih.. mewarna gambar tu ada lah jugak.. Tapi 5 minit je dia duduk mewarna dengan saya selebihnya main... Jap2 nak bagitau yang lukisan kat atas tu saya tak tengok pun Nurul buat.. saya tau pun sebab Nurul tunjuk kat saya.. bila tanya tu siapa?? Nurul jawab orang...hehehe.
Tang mata, mulut, bentuk muka dah ada rupa dah.. kalau letak tangan + kaki memang sebijik macam orang..ehehe. Haaa kalau ada yang perasan gambar sebelah kanan tu berconteng kan.. taim tu saya tengah tengok Nurul lukis.. eala masa dia lukis "orang tu" saya tak tengok, konon2 dapat lah tengok dengan mata sendiri Nurul melukis, alih2 dia perasan tau.. ermmm terus dia conteng2.. agaknya takde privasi kot bila kita tengok2 dia..hahah. Gambar yang atas tu pulak saya curi2 tengok jugak ermmm tapi sama jugak dia perasan.. dah sekerat jalan je dia lukis.. isk2.. kalau tak, boleh jugak tengok hasilnya kan... apa2 pun Ibu bangga dengan kamu Nurul Afiqah.. (",)
No comments:
Post a Comment