Friday, 16 May 2014

Aura seorang guru terserlah pada raut mukanya...

Aura?? ayat buat orang nak tergelak je.. hahhahha.

Saja nak kongsi beberapa citer yang berlaku dekat saya.. Citer pertama masa saya baru je kahwin.. saya dan Cik abang pergi kenduri kahwin kawan dia.. Kebetulan Cik Abang terjumpa Cikgu sekolah lama dia.. Dah bersalam-salam kami duduk 1 meja dengan Cikgu Cik Abang tuh.. nak tahu ayat pertama yang keluar dekat mulut wife dia.. Cikgu sekolah mana.. terkejut saya tau.. eala tak pernah jumpa tiba-tiba macam tuh.. Masa tuh malu-malu nak jawab.. Cikgu Tabika je.. Siap ada je kat belakang.. Macam tak yakin + rendah diri je rupanya.. Tapi sekarang nih dah takde perasaan malu dan dengan BANGGAnya saya bagitahu saya mengajar di TABIKA KEMAS.. Sebab segalanya bermula di sini (^_^)


Ini citer kedua pulak.. Masa tuh tengah jalan-jalan kat pasaraya.. tapi tak ingat kat mana dah.. terserempak dengan orang yang jual2 buku tuh.. jurujual tuh cakap beli lah cikgu untuk anak murid.  Aikk mana dia tahu ye.. so saya tanya macam mana tahu saya Cikgu.. dia cakap dia tengok muka saya dah tahu saya keja apa... Masa tuh saya pikir, ala mesti nak bodek suh beli produk dia... hahahha.

Ini citer ketiga.. Kat sekolah nak balik rumah dah.. tiba-tiba ada orang jual-jual karpet tuh datang kat saya.. tanya nak beli ke karpet dia jual.. so saya cakap lah taknak.. orang tuh cakap lagi kat cakap saya.. you are a teacher ? dok tengok diri sendiri taim tu pakai tshirt n seluar track je.. saya balas balik How you know?? dia cakap because your face like a teacher.. wahhh speaking tuh.. hihihi

ohya jangan ingat yang orang-orang keja macam tuh tak pandai ye.. kadang-kadang diorang lagi pandai cuma keadaan memaksa mereka keja macam tuh... Tapi sekurang-kurangnya mereka berusaha dan tidak hanya mengharap pada bantuan orang lain..


 saya pernah bagitahu kat kawan saya pasal kes nih.. rupa-rupanya dia pun pernah kena macam tuh..hihihi.  Dia cakap Aura seorang guru teserlah pada raut wajah kita, cara kita berpakaian.. ermm... entah lah betul ke tak.. hanya orang je yang boleh menilai kita...


 Apa-apa pun pekerjaan kita, lakukan lah dengan hati yang ikhlas tanpa mengharap balasan, ganjaran @ pujian dari orang lain.. ( ingatan untuk diri sendiri )




PEACE 

(^_^)







1 comment:

Mama Idlan Irsyad said...

haha.. mgkin la kot... kadang tu penampilan main peranan gak..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...