Kanak-kanak yang berusia 3 tahun amat suka bermain dan
berimaginasi. Pada usia 2 tahun, mereka lebih banyak meneroka dengan
keupayaan fizikal (lari, lompat, berguling). Tetapi apabila masuk usia 3
tahun, mereka lebih fokus pada kemahiran motor halus.
Anda akan dapati kanak-kanak 3 tahun boleh duduk agak lama di suatu
tempat, bermain dengan permainan menggunakan imaginasi. Mereka mungkin
berlakon sedang membayar wang di kaunter atau mengambil tempahan
makanan. Mereka juga mungkin sedang membayangkan situasi peperangan atau
sedang memandikan bayi.
nak beli mainan untaian nih.. ada yang tahu kat mana ada jual??
Kemahiran motor halus seperti pergerakkan jari-jari juga menjadi
lebih cekap. Mereka boleh disuruh untuk mengemas barang, membuang sampah
dan meletak cawan ke dalam sinki. Malah ramai antara mereka sudah boleh
menumpukan perhatian terhadap aktiviti mewarna.
Pada usia begini, aktiviti kreatif seperti ‘arts and painting’ amat
digemari kanak-kanak. Aktiviti mewarna tanpa berus pasti lebih menarik
dengan menggunakan jari atau apa saja peralatan dalam rumah (span,
kertas yang direnyuk, bawang, putik kapas).
Mereka juga sudah begitu bijak memanipulasi ibu bapa. Mereka tahu
kelemahan ibu bapa. Maka kita mestilah yakin bahawa kita sebagai ibu
bapalah yang mengetuai peraturan dalam rumah. Pada waktu ini, kita mesti
menegaskan sempadan, apa benda yang boleh dan apa benda yang tak boleh.
Jangan takut kepada anak sendiri. Anda mesti bijak menilai sama ada
anda sedang memanjakannya atau anda sedang merosakkannya.
Contoh paling mudah ialah penggunaan gadget dan tv. Begitu juga
tentang pemakanan yang tidak berkhasiat. Bagi kanak-kanak luar bandar,
sudah ada yang pandai keluar bermain di luar rumah tanpa pengawasan ibu
bapa dan tidak pula meminta izin untuk keluar (padahal umur baru 3
tahun! bayangkan anak itu pada usia 15 tahun nanti)
Secara umumnya, kanak-kanak 3 tahun boleh menggunakan 3 perkataan
dalam satu ayat. Contohnya : “mama, nak keluar.” “adik nak ikan” “ni
kasut ayah”. Mereka masih lagi pelat beberapa bunyi tetapi pertuturannya
boleh difahami oleh ahli keluarga. Ayat yang digunakan juga masih tidak
begitu teratur. Tetapi mereka tetap cuba untuk menggunakan ayat yang
lebih panjang.
Antara aktiviti berkaitan pertuturan-bahasa yang boleh dibuat oleh ibu bapa bersama anak 3 tahun ialah:
1) Suruh dia lakukan sesuatu dengan arahan yang panjang. Contohnya : “letak seluar ni dalam bakul, lepas tu tolong ambilkan bedak kat atas meja.” “buang tisu ni dalam bakul sampah, lepas tu basuh tangan.” Pastikan anda sertai dengan pujian dan galakkan.
2) Aktiviti mengenal warna dan menamakan warna. Apabila anak memilih sendiri pakaian, suruh dia sebut warna pakaian yang dipilih. Begitu juga apabila nampak kereta lori dijalanan. Sebut warna kenderaan tersebut.
3) Banyakkan penggunaan kata sifat @ kata adjektif dalam perbualan bersama anak. Contoh kata sifat seperti : wangi, busuk, panjang, laju, lambat, banyak, sedikit, kuat, keras, lembut.
4) Aktiviti bercerita buku bergambar. Buku cerita, bukan buku ABC, 123, atau tulis ikut titik. Ingat, buku cerita yang ada watak, plot dan pengajaran. Jika anda target bab akademik, maka itu adalah bab lain. Di sini saya khusus menerangkan tentang pertuturan bahasa.
5) Pandang mukanya, dengar percakapannya dengan penuh perhatian. Berhenti sekejap dari gadget anda dan tumpu pada apa yang dia nak cakap. Jika dia tersilap cakap (pelat atau ayat terbalik), maka anda mesti ulang ayatnya itu dengan betul.
SeputihSalju : sumber
1 comment:
perkongsian yg menarik..
bgus diamalkan
Post a Comment