Monday 29 August 2016

Set bacaan untuk Kakak Nurul

Usia Nurul dah 5 tahun 3 bulan... rasanya dah patut saya ajar dia membaca... saya ajar membaca menggunakan kaedah mengeja... kaedah yang saya belajar dulu2 di masa sekolah..hehehe.. sekarang ni ada pelbagai kaedah kan.. tak kisah lah guna cara @ kaedah apa sekali pun asalkan matlamat kita sama.. nak anak kita boleh membaca kan.... bukan setakat membaca, menulis, mengira.... sebagai persediaan bila masuk tahun 1 nanti...

Set bacaan ni saya ambil dari FB... sama ada dalam group @ di personal FB... itu pun setelah mendapat keizinan dari tuan tanah...saya jenis kumpul2... nampak je sesuatu yang sesuai untuk kanak2 saya akan mintak izin share... dalam handphone saya ni bukan penuh gambar2 kami anak beranak tapi penuh dengan lembaran2 kerja, set bacaan, aktiviti2 yang sesuai untuk kanak2 Tabika @ Prasekolah...

Saya print, laminate, tebuk lubang dan letak ring... bagi tahan lama dan mudah kanak2 ni nak selak.. takde lah berterabur... hehehe. Saya buat 2 set tau.. satu untuk Nurul dan satu lagi untuk letak kat Tabika... Setiap pagi sebelum sesi pembelajaran bermula saya akan panggil seorang @ 2 orang untuk membaca di hadapan saya... pagi2 ni otak tengah cergas.. so gunakan dengan sebaiknya dengan ajar diorang membaca... ekekeke.




1 comment:

jamilahamzah said...

buatkan untuk anak2 k.ja boleh. btw, ni link blog baru..

http://jamilahamzah.blogspot.my/

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...