Thursday 26 November 2015

Sukaneka Tabika KEMAS

Salah satu aktiviti tabika terlaksana... Alhamdulillah. Tahun lepas saya buat sukaneka dalam dewan berdekatan kawasan tabika tapi kali ni saya buat kelainan sikit.. sukan di Teluk Batik.. memandangkan murid saya tak ramai so saya bergabung dengan 2 buah lagi tabika... ramai2 baru syokkk... lagipun dapat menjimatkan kos.. eheheh.

Waktu sukaneka ni di jalankan memang saya tak dapat sangat pegang handphone.. cuma waktu penyampaian hadiah kepada anak2 dan ibu bapa saya berkesempatan tangkap gambar... terima kasih pada ibu kanak2 tabika sebab sudi tangkap gambar.. tak banyak pun gambar al maklum lah masing2 teruja bila tengok anak bersukan.. tak sempat tangkap gambor.. hehehe.

Acara yang telah dijalankan ialah bawa bola pingpong menggunakan sudu, lari sambil memegang bola, tarik bola menggunakan gelung rotan, isi air dalam botol dan ada beberapa acara lagi yang saya dah lupa... maaf ye..

Keseluruhannya... memang puas hati.. anak2 seronok, ibu bapa seronok... Cikgu??? of coz lah seronok.. mueheheheh. InshaAllah tahun depan boleh buat lagi... (",)











1 comment:

QasehnyaRania said...

bestnya
rindu dkt anak anaak tadika dulu..
sihat ?
bila due ?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...