Tuesday, 28 June 2011

sedihnya....

Hari ni pg2 lg saya dah kena marah...:-(. Saya kena marah dengan orang HEP. Saya mintak tolang my hubby hantarkan tugasan tu memandangkan saya tengah berpantang sekarang ni dan kebetulan my hubby ada kursus dekat sana. My hubby pun tinggalkan tugasan saya tu dekat orang HEP, itu pun selepas di suruh oleh seorang kakitangan HEP ni. Nak di jadikan cerita, seorang hamba Allah ni telefon saya marah2 sebab hantar tugasan dekat sana dan bukan tugas mereka nak hantar tugasan saya ni dekat pensyarah. Hamba Allah ni mintak saya datang ambil dan berikan sendiri kepada pensyarah. Saya pun telefon my hubby minta tolong ambil balik tugasan tu tapi my hubby ada kursus sampai petang...aduh..!! macam mana ni??. Tengah hari tu, my hubby telefon saya minta saya berikan no telefon pensyarah dan kebetulan ada seorang kak ni mesej saya bagitau dia boleh tolong hantarkan tugasan saya tu dekat pensyarah. Alhamdulillah, saya pun apa lagi telefon la balik my hubby bagitau tapi yang kesiannya my hubby dah ada dalam tren nak pergi maktab saya. Tepaksa la my hubby patah balik. Kesian my hubby terpaksa masuk lambat kursus sebab saya...maaf ye abg dan terima kasih kak sebab tolong hantar tugasan saya.

2 comments:

IntaNBerliaN said...

sabar je lah.. mcm2 perangai org ada...

QasehnyaRania said...

minta tolong pon tak boleh kan.lagipn dorang juga yg suruh tinggal..bikin orag pening kepala

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...