Tuesday 6 February 2018

Rezeki 2017

Allah... tak terlintas langsung saya akan terima APC untuk tahun 2017.. sebenarnya tahun yang di nilai tahun 2016 tapi majlis penganugerahan pada tahun 2017.. Apa2 pun semuanya rezeki yang telah tertulis dan ditetapkan olehNya kepada saya... Alhamdulillah..

Saya tak ingat dah hari apa, ada 1 pagi tu PT saya whatsapp mintak saya ke Pejabat di Teluk Intan, bawa sekali fail aset sebab pegawai saya nak jumpa.. mulanya saya pelik kenapa nak kena bawa ke pejabat Teluk Intan.. tapi bila pikir2 balik mungkin sebab buat perlupusan.. bila tanya PT siapa lagi yang pegi sebab nak tumpang... rupanya ramai juga rakan2 yang kena pergi jugak...  5 orang.. pergi 2 kereta lah kami...

Dalam perjalanan masing2 menyembang.. cuak pun iya sebab pegawai nak jumpa.. ntah apa lah salah kami buat... eheheh. Sampai2 terus jumpa pegawai saya... terus dia bagi surat... surat tu ntah mana saya simpan... hahhaha. tak ingat sebab dekat2 hujung tahun kami kemas2 rumah.. habis semua saya simpan dalam bilik no 3 merangkap bilik stor...

Terkejut woo dapat surat tu.. Saya terpilih untuk menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang bagi tahun 2016.. sekali tengok tarikh... alahai tarikh tu bertembung pulak dengan tarikh cik abang kursus... terus saya bagitahu tak dapat pergi dekat pegawai saya... Mula2 pegawai saya suruh pikir dulu.. katanya sayang kalau tak pergi sebab ntah bila pulak saya akan merasa dapat anugerah ni... saya dah tak kisah pun, yang penting anak2 je.. sebab kalau cik abang kursus saya takde sapa pulak nak jaga anak2.. malam2 takkan nak tidur rumah pengasuh pulak..

Lepas berbincang, esoknya saya bagi persetujuan untuk pergi jugak dan 2,3 hari lepas saya bagi persetujuan untuk hadir ke majlis penganugerahan tu cik abang bagitahu tarikh kursus dia di tangguhkan... Allah.. kalau dah memang rezeki saya kan, mula2 ada halangan tapi akhirnya Allah permudahkan.. Alhamdulillah. Alhamdulillah.. Alhamdulillah




Terima kasih kepada pegawai, penyelia kerana memberi penilaian dan mempercayai apa yang saya tunjukkan .. InsyaAllah, saya akan sentiasa memperbaiki lagi mutu kerja saya dan sentiasa memberikan yang terbaik dalam apa jua saya lakukan... Terima kasih




No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...